Amazfit GTR Mini akan diumumkan di Malaysia pada 17 Mac 2023

8 Mar 2023 • 12:23 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Saluran rasmi Amazfit di Facebook telah mengutuskan info tentang pelancaran satu produk baharu pada 17 Mac 2023 ini. Dikhabarkan yang Amazfit GTR Mini akan dilancarkan sewaktu majlius tersebut.

image is not available

Agak pelik kenapa mereka memilih nama GTR Mini yang pada saya adalah satu nama yang susah untuk diguna semula pada masa akan datang.

Contohnya, sekarang kita sudah ada GTS 4 Mini dan untuk iterasi seterusnya mereka ada peluang untuk GTS 5 Mini. Sepatutnya mereka gunakan saja GTR 4 Mini untuk jadi pelengkap kepada GTR 4 yang mereka tawarkan sekarang.

image is not available

Walau apapun, maklumat tentang Amazfit GTR Mini telahpun tertiris seawal Januari 2023 tempoh hari. Dikatakan yang jam tangan ini mendukung nombor model A2174 dan ia hadir dengan muka jam sebesar 1.28" berbanding 1.43" pada GTR 4 sekarang. Lain-lain fitur menari GTR 4 katanya turut diwariskan kepada GTR Mini seperti sensor penjejak lokasi GNSS, sensor denyutan nadi SpO2, dan keupayaan menjejak lebih 120 jenis sukan.

image is not available

Berapa agaknya harga GTR Mini bila masuki Malaysia? Sebagai perbandingan, GTR 4 kini dijual pada harga RM799.

Sumber: Amazfit