Amazfit Helio Ring Akan Ke Pasaran Malaysia

TechnologyDigital
20 Sep 2024 • 10:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cincin pintar mula menjadi trend selepas Samsung memperkenalkan Galaxy Ring. Honor dan Black Shark turut mengumumkan cincin mereka tersendiri. Kemudian Amazfit pula hadir dengan Helio Ring. Walaupun begitu, penjualannya masih tidak meluas dan ini akan berubah tidak lama lagi.

image is not available

Selepas T-Rex 3 dilancarkan beberapa minggu lepas, ia membuatkan kami tertanya – “Bila cincin Amazfit akan dilancarkan? Asyik jam sahaja!”. Jawapan ini terjawab selepas Helio Ring dilancarkan di India. Wakil Amazfit Malaysia menyatakan, cincin pintar pertama mereka ini akan dipasarkan di Malaysia. Cuma buat masa ini, tiada tarikh yang tetap lagi.

image is not available

Helio Ring adalah cincin yang boleh melakukan pemantauan tidur yang lebih mendalam, memberi maklumat mengenai kesihatan tubuh fizikal pengguna, memantau dan menjejak semua aktiviti penting untuk kepentingan kesihatan dan kecergasan. Ia juga tiada sebarang langganan, beli dan terus pakai. Ia turut mempunyai perlindungan 10ATM dan menggunakan pengecasan nirwayar. Di India, Helio Ring dijual pada harga sekitar RM1,254.