Amazfit Pop 2 Dilengkapi Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 10 Hari

TechnologyDigital
15 Nov 2022 • 3:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Beberapa ciapan di Twitter Amazfit India menunjukkan terdapat seutas peranti boleh pakai baharunya bakal diumumkan tidak lama lagi. Dinamakan sebagai Amazfit Pop 2, rekaan dan penawaran spesifikasinya turut telah tersenarai menerusi laman web rasmi.

image is not available

Ini adalah variasi kemaskini buat Amazfit Pop yang pernah diumumkan di China sebelum ini. Peranti boleh pakai ini mempunyai rekaan kerangka berbentuk empat segi dengan padanan tali silikon bercangkuk standard. Satu butang kuasa fizikal dengan tanda berwarna merah turut disertakan pada bahagian sisi kanan kerangka.

image is not available

Skrin adalah sejenis AMOLED bersaiz 1.78-inci dengan resolusi HD. Ini sekaligus memboleh ciri Always On Display turut digunakan pada jam tangan ini. Pelbagai mod sukan terbina disertakan dengan pilihan yang melebihi 150 jenis, di samping turut menyokong ciri panggilan bluetooth. Kapasiti bateri tidak pula didedahkan tetapi diiklankan mampu bertahan sehingga 10 hari.

image is not available

Tiada harga jualan dan tarikh pelancaran rasmi yang diketahui setakat ini. Pun begitu, lebih banyak maklumat yang bakal dikongsikan dalam masa terdekat ini.

View Original Article