Amazon Beri Peringatan Awal Akan Gantikan Pekerja Dengan AI

TechnologyDigital
18 Jun 2025 • 10:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CEO Amazon kini berkongsi memo, sekaligus memperlihatkan beberapa kesan kepada operasi syarikat Amazon bergerak ke hadapan, selari dengan perkembangan arena kecerdasan buatan janaan. Berkongsi mengenainya, AI dijangka akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan pekerja dalam melaksanakan tugasan.

Hal ini sekaligus dijangka membuatkan sesuatu tugasan boleh dilaksanakan dengan bilangan pekerja lebih sedikit, dan pekerja mungkin lakukan tugasan yang lain. Amazon meminta pekerja bersedia dengan ilmu dan skil baharu dalam arena kecerdasan buatan, dalam usaha terus maju dan bergerak kehadapan.

Buat masa ini, ia tidak dinyatakan bilakah pengurangan pekerja oleh Amazon akan dilaksanakan, dan berapa ramai yang akan terkesan. Dengan lebih banyak pelaburan dalam arena kecerdasan buatan, disamping kemajuan teknologi dari hari ke hari, tidak mustahil perkara ini berlaku dengan lebih awal lagi.

Sebelum ini sendiri, beberapa syarikat sedia menyatakan secara terbuka yang mana beberapa operasi termasuk pengaturcaraan dan pembangunan dilaksanakan dengan bantuan kecerdasan buatan, membuatkan bilangan pekerja yang diperlukan adalah sedikit berbanding kebiasaan.