
Amazon mendominasi pasaran pembelian atas talian dunia dan menjadi penyebab mengapa Jeff Bezos menjadi lelaki kedua terkaya dunia yang mirip Lex Luthor dan kini mula memasuki arena pelancongan angkasa lepas pula. Bagi menjadi kedai terbesar dunia, Amazon mempunyai ratusan gudang di seluruh dunia dimana jutaan bungkusan diproses setiap hari.
Bagi memastikan pemprosesan bungkusan yang lebih efisien yang seterusnya akan mempercepatkan bungkusan tiba ke tangan pembeli, Amazon telah memperlihat robot gudang terkini mereka yang diberi nama Proteus.
Menurut Amazon ini ialah robot gudang pertama mereka yang boleh digunakan bersama dengan pekerja gudang manusia kerana kemampuan swapandu yang lebih tinggi. Sebelum ini robot di gudang diasingkan dari manusia bagi mengelakkan risiko kemalangan. Proteus dilengkapi kamera 120FPS yang membolehkan ia melihat, mengesan dan mengelak sebarang halangan di hadapannya ketika mengangkat palet bungkusan ke destinasi yang diperlukan.

Pembangunan Proteus hadir tepat pada waktunya kerana Amazon mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerja pasca pandemik serta semakin ramai pekerja menyertai kesatuan pekerja yang memintas waktu kerja lebih baik serta bayaran lebih serasi dengan situasi semasa.

