Amazon MGM Studios dan AWS Lancarkan Dana Pengkarya dan Platform Menghasilkan Kandungan Gen AI

TechnologyMovie
28 May 2026 • 8:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazon MGM Studios dan AWS mengumumkan GenAI Creators’ Fund, sebuah inisiatif baharu untuk menyokong pengkarya menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) profesional dalam penghasilan kandungan sinematik

Serentak dengan pengumuman ini, Prime Video meluluskan tiga projek animasi pertama di bawah dana ini iaitu Cupcake & Friends oleh BuzzFeed Studios, Love, Diana Music Hunters berdasarkan personaliti YouTube Diana dan Punky Duck oleh Jorge R. Gutierrez. Semua siri akan ditayangkan di Prime Video pada tarikh akan datang.

Image from: Amazon MGM Studios dan AWS Lancarkan Dana Pengkarya dan Platform Menghasilkan Kandungan Gen AI

Untuk menyokong penghasilan kandungan AI generatif, Project Nara turut diumumkan. Ia adalah platform produksi AI eksklusif Amazon MGM Studios dengan ia dibina oleh AWS untuk menyokong aliran kerja animasi dan aksi nyata. Project Nara Menyediakan ruang kerjasama untuk menjana video, membuat suntingan, memberi maklum balas dan menjejak kemajuan secara masa nyata.

Project Nara mengintegrasi alat profesional seperti Maya, Blender, Nuke, Unreal Engine, dan Adobe Suite dengan model AI pihak ketika serta model dibangunkan sendiri Amazon MGM Studios menggunakan IP mereka sendiri, untuk menyelesaikan isu seperti kesinambungan watak dan babak yang dihasilkan.

Amazon tidak pernah menafikan penggunaan AI di platform Prime milik mereka. Penggunaan awal dikecam kerana apabila AI digunakan untuk menghasilkan audio alih suara dan sinopsis cerita, kualitinya rendah serta mengandungi banyak kesalahan sehingga ciri ini dihentikan.

Pengumuman. hari ini dilihat sebagai langkah tidak mahu ketinggalan kerana pesaing mereka Neflix juga mula menggunakan AI generatif dalam kandungan serta mengambil alih studio produksi AI InterPositive milik Ben Affleck awal tahun ini.