Amazon Prime pertimbang tawarkan pelan langganan beriklan

8 Jun 2023 • 10:52 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Iklan adalah sumber pendapatan yang lumayan. The Wall Street Journal melaporkan yang pengendali platform penstriman Amazon Prime kini sedang mempertimbang kemungkinan memperkenalkan pelan langganan beserta iklan.

Ia bagi membolehkan lebih ramai pengguna menyertai servis itu pada harga yang lebih rendah dan turut membolehkan jenama mengiklankan produk masing-masing di platform tersebut.

image is not available

Amazon Prime kini ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM25/bulan.

Dengan lebih 200 juta pelanggan di seluruh dunia, Amazon Prime adalah penyedia servis penstriman antara terbesar di dunia. Mereka ada barisan rancangan TV dan movie hasilan sendiri seperti:

  • The Boys
  • The Lort of the Rings: The Rings of Power
  • The Wilds
  • The Legend of Vox Machina
  • The Grand Tour

Netflix telah terlebih dahulu memperkenalkan pelan langganan berserta iklan. Ia dilancarkan dalam bulan November 2022 lalu namun setakat ini hanya ditawarkan untuk pasaran A.S.

image is not available

Di sana, pelan Basic with Ads ditawarkan pada harga USD6.99 berbanding pelan Basic USD9.99.

image is not available

Sumber: WSJ

Bacaan berkaitan