Amazon umum labur RM25.5 billion di Malaysia, ini manfaatnya kepada anda

LocalBusiness & Finance
4 Mar 2023 • 3:37 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Amazon Web Services (AWS) mengumumkan yang mereka akan melabur RM25.5 billion dalam tempoh 15 tahun bagi membangunkan Malaysia sebagai hab infrastruktur mereka.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah pelaburan daripada syarikat teknologi yang terbesar dalam sejarah dan inisiatif ini pastinya akan memacu negara pada segi memeperkukuh Malaysia sebagai pusat data dan hab digital serantau.

AWS menyediakan platform pengkomputeran awan untuk entiti-entiti menjalankan perniagaan tanpa perlu risau tentang sebarang penyelenggaraan perkakasan sistem komputer.

image is not available
Ada pelbagai subproduk di bawah payung AWS

Antara syarikat tempatan yang memanfaatkan servis AWS adalah seperti Astro, Axiata, Bank Islan, CelcomDigi, Johor Corporation, Paynet, Petronas, Pos Malaysia, dan Tenaga Nasional Berhad.

Dengan adanya kehadiran fizikal AWS di Malaysia, antara kelebihan yang boleh dinikmati adalah seperti kewujudkan pekerjaan baharu disamping kualiti perkhidmatan yang nyata lebih baik kerana pihak penyedia boleh bertindak lebih tangkas terhadap sebarang aduan.

image is not available
Pusat data AWS seperti ini pastinya bakal wujudkan peluang kerja baharu

Lagi kelebihan kehadiran AWS adalah kita mungkin boleh menerima tempias daripada inisiatif sifar karbon AWS menjelang 2050. AWS katanya dalam usaha untuk menggunakan 100% tenaga boleh baharu untuk menggerakkan perniagaan mereka sebelum 2025.

image is not available
Loji janakuasa angin AWS di Sweden

Buat masa ini, mereka mengoperasikan 401 projek tenaga boleh baharu termasuklah 164 loji janakuasa angin dan 237 projek panel solar atas bumbung yang secara totalnya menjana hampir 57GWh tenaga boleh baharu setiap tahun.