Amazon Web Services Melancarkan Cip Pemprosesan AI Trainium3 Untuk Pembelajaran Mesin Yang Lebih Cekap

TechnologyDigital
3 Dec 2025 • 12:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip-cip pemprosesan yang dilancarkan pada hari ini, tidak kira untuk kegunaan pengguna di rumahm pusat data ataupun ladang mengolah grafik hari ini rata-rata semuanya hadir dengan kemampuan pemprosesan kecerdasan buatan, kerana itulah apa yang dikatakan dikehendaki oleh pasaran sekarang.

Amazon Web Services (AWS) telah melancarkan cip pemprosesan AI Trainium3 yang merupakan cip terbaru mereka untuk tujuan pembelajaran mesin dan juga boleh digunakan untuk tujuan pemprosesan arahan AI generatif seperti menjana teks, imej dan video dengan kadar lebih pantas dan secara lebih cekap.

Cip pemprosesan Trainium3 ini dibangunkan menggunakan proses 3nm TSMC, membekalkan kuasa perkomputeran 2.5 petaflops dan menggunakan 144GB memori HBM3e. AWS juga mengatakan bahawa cip Trainium3 ini adalah 4 kali lebih cekap dalam penggunaan kuasa berbanding cip sebelumnya, mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dengan cukup banyak sekali.

image is not available

Cip ini juga direka dan diuji di makmal mereka sendiri di Austin, Texas sebelum dihasilkan secara besar-besaran.

Dengan pengumuman cip pemprosesan AI Trainium3 ini, AWS juga dilihat mengemaskini penawaran mesin pelayan AI mereka, yang kini dinamakan AWS Trn3 UltraServer, dimana setiap satu kluster hadir dengan sehingga 144 cip Trainium3, memberikannya kuasa pemprosesan 4.4 kali lebih berkuasa berbanding dengan mesin pelayan AWS Trn2 UltraServer yang dilancarkan sebelum ini.

AWS turut mengatakan bahawa cip pemprosesan AI ini, dan mesin pelayan AWS Trn3 UltraServer sudah mula diuji, dan akan dijual ke syarikat-syarikat pembangun dan pembekal perkhidmatan AI kelak.

View Original Article