AmBank perkenal Beyond Privileges, perkukuh segmen perbankan premium

Business & Finance
19 Nov 2026 • 10:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: AmBank perkenal Beyond Privileges, perkukuh segmen perbankan premium
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling (kiri), bersama Pengarah Urusan Perbankan Runcit Kumpulan AmBank, Cheong Chee Wai, pada majlis pelancaran AmBank Signature Priority Banking Beyond Privileges.

SEMAKIN tinggi nilai aset yang diuruskan bersama bank, semakin besar ganjaran dan keistimewaan yang boleh dinikmati pelanggan menerusi perbankan premium yang menggabungkan manfaat kewangan, pengurusan kekayaan serta pengalaman gaya hidup eksklusif.

Pendekatan tersebut dilaksanakan Kumpulan AmBank menerusi AmBank Signature Priority Banking (AmSPB) Beyond Privileges oleh bagi mengiktiraf pelanggan berdasarkan tahap hubungan dan Aset di Bawah Pengurusan (AUM) mereka bersama bank berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling berkata, 'Beyond Privileges' mencerminkan komitmen kami untuk menjadi bank utama pilihan pelanggan, dengan memberikan nilai yang lebih besar seiring dengan perkembangan hubungan mereka bersama AmBank.

“Pelanggan hari ini mempunyai lebih banyak pilihan perbankan berbanding sebelum ini.

"Kami percaya bahawa Perbankan Keutamaan tidak seharusnya ditakrifkan oleh produk semata-mata, sebaliknya oleh hubungan rapat yang kami bina dari semasa ke semasa," katanya sempena Pelancaran Signature Priority Banking (AmSPB) Beyond Privileges.

Menerusi Beyond Privileges, pelanggan akan menikmati manfaat berdasarkan tiga peringkat keahlian iaitu Gold, Platinum dan Diamond, dengan keistimewaan kewangan, gaya hidup serta perkhidmatan yang dipertingkatkan mengikut tahap hubungan mereka dengan bank.

Antara manfaat ditawarkan termasuk kadar pembiayaan istimewa, tawaran hari jadi eksklusif bagi caj jualan Unit Amanah serta keutamaan giliran untuk semua permohonan pembiayaan.

Bagi pelanggan Diamond yang layak, mereka turut menikmati akses percuma tanpa had ke ruang istirahat lapangan terbang Plaza Premium Lounge, Plaza Premium First dan LoungeKey di seluruh dunia.

Kemudahan lain termasuk perkhidmatan Airport Meet and Assist, e-hailing dalam dan luar negara, manfaat keahlian hotel, tawaran menjamu selera di premis rakan niaga terpilih serta ganjaran sehingga 15 kali Mata AmBonus bagi setiap ringgit perbelanjaan di luar negara, tertakluk kepada terma dan syarat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Runcit Kumpulan AmBank, Cheong Chee Wai berkata, inisiatif berkenaan turut memberi penekanan kepada pengalaman perbankan yang lebih diperibadikan menerusi sokongan pengurus perhubungan yang berdedikasi serta kemudahan digital.

"Kami mahu pelanggan berasa bahawa mereka sentiasa mempunyai seseorang untuk dirujuk, bukan sekadar tempat untuk melakukan urusan perbankan.

"Beyond Privileges menggabungkan penyelesaian kekayaan, perkhidmatan perbankan dan pengalaman gaya hidup dalam satu ekosistem yang direka untukmenyokong pelanggan pada setiap peringkatperjalanan mereka," katanya.

Beyond Privileges turut disokong enam tonggak utama merangkumi Simpan dan Kirim, Berbelanja, Melindungi, Melabur, Pembiayaan serta Perkhidmatan bagi menyediakan ekosistem perbankan dan pengurusan kekayaan yang lebih menyeluruh.

Ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan AmSPB, rangkaian produk yang dipertingkatkan ini merangkumi Kad Kredit AmSPB Visa Infinite, Kad Kredit AmSPB Visa Infinite-i dan Kad Kredit AmSPB The Metal Visa Infinite.

Ambank turut menjalinkan kerjasama baharu dengan Bolt dan ALL Accor+ bagi memperluas akses pelanggan kepada pelbagai pengalaman berkaitan pelancongan, hospitaliti, santapan dan gaya hidup.

Melalui penawaran berkenaan, AmBank menyasarkan untuk memperkukuh kedudukannya dalam segmen perbankan premium dengan menggabungkan kepakaran pengurusan kekayaan, perkhidmatan kewangan dan ganjaran gaya hidup dalam satu ekosistem bersepadu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved