Ambank ter-“ciduk” lagi, kali kedua terbocorkan maklumat tentang ApplePay

Digital
8 Aug 2022 • 2:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Berita tentang ketibaan Apple pay ke Malaysia semakin hari semakin kencang anginnya. Selepas kami laporkan kemunculannya di platform Shopee tempoh hari, kini Ambank pula menambah hembusan.

image is not available

Ada satu halaman khas di laman rasmi Ambank mengandungi butiran tentang apple pay. Di dalam jalan itu juga terkandung video tutorial tentang cara penggunaannya.

Antara info yang sempat kami simpan tangkap layarnya adalah tentang tiadanya had transaksi.

image is not available

Namun begitu, halaman yang kami maksudkan tadi telahpun diturunkan oleh pihak bank. Berkemungkinan ia adalah ralat daripada pihak bank. Tindakan mereka itu jelas menunjukkan yang ketibaannya adalah sangat hampir dalam pasaran Malaysia.

Ini bukanlah kali pertama AmBank “kantoi”. Sebelum ini, ada tersebar tangkap layar pengguna yang menerima SMS daripada AmBank tentang keberadaan ApplePay. AmBank pada ketika itu tidak memberikan sebarang komen sama ada mereka mengesahkan atau menafikan tentang ketulenan SMS tersebut.

Setakat ini, apple pay tidak disokong secara rasmi di Malaysia. Kami percaya yang dalam kemaskini iOS 15.6.1 tak lama lagi akan memasukkan sesuatu tentang apple pay.

image is not available

Selepas ini, Samsung Pay tidak lagi keseorangan dalam arena pembayaran menggunakan NFC di telefon. Satu lagi pemain yang sedang kami tunggu ialah Google Pay. Terima kasih Dian Bato dan Siang Xi atas pemakluman di Group RKMD kami.

View Original Article