‘Ambil 4 hari AL, cuti jadi 10 hari’

LocalTravel
28 Jul 2026 • 3:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ambil 4 hari AL, cuti jadi 10 hari’

PETALING JAYA – Bulan Ogos akan datang memberi peluang kepada orang ramai untuk bercuti panjang sehingga 10 hari berturut-turut dengan hanya mengambil empat hari cuti rehat (annual leave).

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh @travelsav3r yang mendedahkan susunan gabungan cuti umum Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, Hari Kebangsaan dan cuti hujung minggu.

“Rancangan cuti bulan Ogos, ambil 4 hari AL untuk dapatkan cuti panjang 10 hari,” katanya pada hantaran tersebut.

Menerusi jadual yang dikongsikan, cuti yang bermula dari 22 Ogos hingga 31 Ogos boleh dinikmati sekiranya pekerja mengambil cuti rehat selama empat hari.

Susunan itu bertambah lengkap apabila 25 Ogos (Selasa) merupakan cuti umum, manakala 31 Ogos (Isnin) merupakan cuti Hari Kebangsaan yang disambung terus selepas hujung minggu.

Cuti panjang ini memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk berehat tanpa perlu menggunakan banyak cuti tahunan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut teruja melihat juga sudah mula merancang destinasi percutian masing

“Cuti saya pun dah diluluskan, memang mantap aku akan rehat sepuas hati,” ujar @nshxrmimi.

“Alhamdulillah, boleh lah jalan-jalan bawa keluarga kalau cuti 10 hari macam ni. Tenang je rasa,” kata @faadhil97. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

The post ‘Ambil 4 hari AL, cuti jadi 10 hari’ appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved