Ambil 7 Makanan Ini Untuk Awet Muda

Beauty
31 Dec 2022 • 12:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Avokado, salmon dan soya adalah makanan patut dimakan untuk membantu tampil awet muda - Gambar Unsplash

Masuk tahun baru, bermakna usia kita semakin bertambah. Bagi kebanyakan kaum wanita, pertambahan usia pasti menimbulkan banyak isu pada tubuh badan seperti kedutan halus mula terbentuk, hormon tidak seimbang dan pertambahan berat badan. 

Banyak yang perlu diberi lebih perhatian kerana sama ada suka atau tidak, penuaan semula jadi tidak pernah berhenti mengejar diri. 

Tetapi janganlah anggap perkara ini sebagai sesuatu yang membeban diri sehingga berfikir secara berlebih-lebihan. Anggap sahaja ia adakah kitaran hidup dan ada cara untuk ‘menjinakkan’ penuaan. Jadi, bagaimana cara untuk memperlambatkan penuaan agar kehidupan lebih sejahtera dan gembira? 

Ingat, untuk tampil menarik dan awet muda, bukan bermakna anda hanya perlu pakai produk rawatan wajah, tetapi anda juga perlukan mengamalkan pemakanan yang betul. 

Berikut adalah senarai pemakanan yang boleh membuat anda awet muda jika diamalkan. Ada di antaranya adalah makanan yang disarankan dalam buku Beauty From the Inside Out, tulisan Bobbi Brown.

 

1) Sayuran atau buah-buahan berwarna oren

image is not available
Gambar Unsplash

Sayuran berwarna oren biasanya mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi. Bukan sahaja ia cukup baik untuk deria penglihatan, vitamin ini juga mempunyai keupayaan untuk membantu sel-sel kulit lebih cepat membaiki diri daripada pelbagai kerosakan. 

Buah tomato misalnya sangat tinggi dengan vitamin C, vitamin yang membantu menghasilkan kolagen. Kolagen sangat penting untuk menjaga keanjalan kulit. Selain itu, likopen dalam tomato juga menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari dan membantu sistem peredaran darah.

 

2) Oat 

image is not available
Gambar Unsplash

Oat mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ini bermakna apabila anda makan oat, ia tidak akan menaikkan gula dalam darah yang boleh menyebabkan jerawat dan kedut. Oat juga boleh menghalang kerosakan kulit dan membantu melegakan radang kulit.

 

3)  Ikan Berlemak

image is not available
Gambar Unsplash

Ikan yang berlemak tinggi seperti Salmon, Makarel dan Tuna merupakan salah satu makanan terbaik untuk kulit sihat kerana kaya dengan lemak omega-3 yang diperlukan untuk menjaga kulit tetap anjal, lembap dan awet muda. 

Selain itu, ikan berlemak juga merupakan sumber protein berkualiti tinggi, vitamin E dan mineral yang diperolehi daripadanya berperanan penting untuk produksi sel kulit baru, dan melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas.

 

4)  Sayuran Hijau

image is not available
Gambar Unsplash

Sayur hijau seperti kale, alfalfa dan bayam mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kesihatan kulit. Sayuran sebegini bukan sahaja kaya dengan antioksidan, malah pelbagai sayuran hijau juga dapat membantu dan meningkatkan pengeluaran kolagen dalam tubuh. 

Bayam contohnya adalah sumber beta karotena serta lutein yang baik. Kedua-dua ini membantu kulit untuk kekal tegang. Sayur bayam juga ada phytonutrients yang boleh melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh matahari.

 

5) Avokado

image is not available
Gambar Unsplash

Kandungan lemak di dalam avokado boleh menjadikan kulit anda licin, lembap, dan lembut. Ini kerana ia adalah sumber vitamin E yang baik, dan vitamin E ini amat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

 

6) Kekacang dan bijirin

image is not available
Gambar Unsplash

Kekacang dan bijirin merupakan sumber nutrisi yang begitu penting untuk kesihatan kulit. Walnut, flax seeds dan biji bunga matahari adalah beberapa contohnya. Makanan dalam golongan ini kaya dengan asid lemak esensial seperti omega-3 dan 6, vitamin E dan C, selenium, dan protein kesemuanya diperlukan untuk kesihatan kulit.

 

7) Kacang Soya

image is not available
Gambar Unsplash

Kacang soya mengandungi isoflavon yang terbukti dapat mengurangi kerutan, meningkatkan produksi kolagen, menjaga elastisitas kulit, melindungi kulit dari kekeringan dan bahaya sinar UV bahkan dapat membantu mencegah perkembangan beberapa jenis kanser kulit.

Untuk wanita yang sedang berhadapan pra menopaus, berbagai kandungan yang terdapat di dalam kacang soya dapat membantu memperbaiki masalah kulit kering dan meningkatkan kolagen sehingga kulit akan tetap halus dan nampak muda. - Getaran, 31 Disember 2022