Ambil Kredit Keputusan Mahkamah Najib, Muhyiddin Dikecam Netizen

Politics
24 Aug 2022 • 2:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Keputusan Mahkamah Persekutuan menyabitkan kesalahan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan kes penyelewengan wang dana milik SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta turut mendapat respon mantan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi hantaran dimuatnaik di laman Facebooknya, Muhyiddin menyatakan bahawa pengorbanannya menentang rasuah selama ini akhirnya terjawab.

Alhamdulillah, perjuangan saya dan rakyat Malaysia menentang rasuah akhirnya terjawab di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Saya telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah pada skala yang besar menerusi penyelewengan dana 1MDB dan SRC International membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sejak tahun 2015.

Walaupun saya dihukum dengan pemecatan dari kerajaan dan parti pada ketika itu, saya terus istiqamah dengan prinsip menegakkan yang hak.

Namun begitu, kenyataan yang dibuat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengundang kecaman warganet yang menganggap beliau hanya ingin mengambil kredit terhadap keputusan yang dibuat mahkamah.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Facebook Muhyiddin Yassin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media