
Kundasang: Orang ramai khususnya yang menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dinasihatkan supaya terus mengambil langkah selamat bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, rakyat perlu ingat negeri ini belum pulih sepenuhnya daripada Covid-19.
“Walaupun tahun ini rakyat di Sabah berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara secara bebas tanpa sebarang sekatan, negeri ini masih belum pulih sepenuhnya daripada Covid-19.
“Kami bersyukur dapat menyambut Hari Raya dengan aman kerana saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Keluarga di Sabah tidak pernah dipisahkan oleh perbezaan agama atau etnik sebaliknya disatukan dengan toleransi dan persefahaman tinggi antara kaum dan agama,” katanya.
Dr Joachim berkata, bagi mereka yang pulang ke kampung halaman, mereka perlu memandu dengan berhati-hati dan bertanggungjawab agar semua selamat pulang ke rumah masing-masing.
Beliau berucap pada Program Agihan Bubur Lambuk anjuran PBS Bahagian Kundasang dengan kerjasama Unit Pemimpin Masyarakat (UPPM) Kundasang, di sini Khamis lalu.
Dr Joachim yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang menyumbangkan Bubur Lambuk, dan turut sama mengagihkannya di sekitar pekan itu yang bermula jam 4 petang.
Selain bubur lambuk, kurma turut diagihkan kepada penduduk sekitar yang datang beramai-ramai bagi mendapatkan hadiah itu pada hari terakhir bulan puasa.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PBS mengucapkan terima kasih kepada warga UPPM Kundasang, Induk, Belia dan Wanita (IPW) Parti Bersatu Sabah (PBS) atas komitmen dan penglibatan dalam menjayakan program ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
