Ambil semula hak bekalan elektrik

11 Jan 2024 • 1:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PERSIDANGAN khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 3 Januari meluluskan tiga rang undang-undang (RUU) berkaitan pengambilalihan kuasa kawal selia tenaga dan bekalan elektrik oleh kerajaan negeri daripada kerajaan Persekutuan.

RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Tenaga Boleh Diperbaharui Sabah 2024 dan RUU Bekalan Elektrik 2024, yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, diluluskan dengan suara terbanyak.

Ketika membentangkan Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 (Pindaan 2024), Hajiji berkata pindaan itu bertujuan memasukkan fungsi dan kuasa mengenai bekalan elektrik serta tenaga boleh diperbaharui kepada pihak Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Beliau berkata ia bagi mengambil alih fungsi dan kuasa daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda).

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Hajiji berkata Kerajaan Negeri mengawal kuasa kawal selia ke atas bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui akan memudahkan pelan yang mantap untuk bekalan tenaga yang stabil di Sabah.

Beliau berkata ia akan memberi manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri melalui penyediaan bekalan tenaga yang mencukupi, stabil, mampu milik dan mampan seperti dalam Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang dibangunkan oleh ECoS dan dilancarkan pada September tahun lepas untuk menyokong pelan hala tuju Sabah Maju Jaya.

“Dengan ini, ia akan memberi kuasa kepada ECoS untuk mengawal selia industri bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui di Sabah agar segala aktiviti berkaitan bekalan elektrik serta tenaga boleh diperbaharui dapat dijalankan secara berterusan tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Hajiji, ketika membentangkan RUU Bekalan Elektrik 2024, berkata kerajaan Sabah mengambil alih kuasa kawal selia bekalan gas daratan pada 10 Januari tahun lepas dengan kuasa kawal selia itu diberikan kepada ECoS dan ia diteruskan dengan pengambilalihan fungsi kuasa kawal selia bekalan elektrik daripada kerajaan Persekutuan.

Tambahnya langkah itu selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan RUU Bekalan Elektrik 2024 itu membolehkan kuasa kawal selia bekalan elektrik di Sabah dapat diambil alih sewajarnya serta RUU itu akan ditadbir serta dikuatkuasakan oleh ECoS.

Beliau berkata RUU berkenaan akan memberi kuasa kepada kerajaan Sabah untuk mengawal selia sektor pembekalan elektrik di negeri itu supaya segala aktiviti sektor pembekalan elektrik dijalankan dapat dikawal sekali gus dilaksanakan secara efektif dan efisien.

Mengenai RUU Tenaga Boleh Baharu 2024, Hajiji berkata ia akan memberi kuasa kepada kerajaan Sabah untuk mengawal selia sektor tenaga boleh diperbaharui di negeri itu bagi memastikan aktiviti dijalankan melibatkan sektor itu dapat dikawal dan dilaksanakan.

“Ini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui khususnya di Sabah,” katanya.

Speaker Dewan Datuk Kadzim M Yahya menangguhkan persidangan tanpa tarikh.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.