
PAPAR: Rakyat Sabah sekali lagi dikejutkan bukan hanya dengan kenaikan harga barangan tetapi juga kenaikan bayaran mendapatkan lesen memandu bermula Jumaat (1 Julai).
Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan berkata, ketiadaan tindakan segera kerajaan atau agensi berkaitan terhadap kenaikan kos lesen memandu itu dikhuatiri bakal menimbulkan masalah.



