Ambil tindakan sebelum perpaduan tergugat: Fairuz

8 Apr 2024 • 1:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan menyeru pihak berkuasa untuk memandang serius dan mengambil tindakan tegas kepada pihak tidak bertanggungjawab yang suka menimbulkan ketegangan serta menggugat perpaduan Sabah.

“Saya menyeru khasnya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk pandang isu ini sebagai isu yang sangat serius.

“Mereka tidak patut diberi muka dan sebenarnya adalah duri dalam daging yang jika dibiarkan akan merebak, menjadi ‘virus’ yang kelak apabila sudah menular ke seluruh komuniti, ia akan menjadi semakin parah dan sukar lagi untuk dibendung,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Sabtu. Fairuz

Menurut Fairuz yang juga Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Sabah adalah sebuah negeri yang harmoni dengan komposisi penduduk pelbagai kaum dan berbilang agama sejak dulu.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Sekarang, sudah ada yang berani memainkan sentimen agama, kaum, bangsa, bahkan lebih teruk lagi, menjadi batu api serta menghasut pihak lain untuk mengikuti pandangan mereka.

“Ini tindakan yang sangat tidak wajar, sangat keji dan memalukan kerana kita hidup aman damai sejak sekian lama dan mereka mahu merosakkan kaharmonian kita,” katanya.

Kata Fairuz, fokus kerajaan dan masyarakat semasa adalah untuk saling menjaga dan memastikan semua usaha pembangunan serta masalah rakyat dapat diatasi.

“Namun pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan sentiment negatif 3R pula mahu memecahbelahkan keharmonian dan kesejahteraan perpaduan.

“Kita masih ada banyak hal untuk diurus dan diselesaikan kerana kita sekarang berdepan masalah cuaca panas, jerebu, kebakaran dan bekalan air.

“Kita mahu fokus untuk usaha menyelesaikan masalah ini, apatah lagi dalam masa beberapa hari sahaja lagi, umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.

“Andai kata masalah penghasut dan penyebar fitnah yang masih berleluasa tanpa penyelesaian ini, terus merebak dalam komuniti kita, ia akan merencatkan penyatuan dan kerjasama kerana pasti akan ada pihak yang terpengaruh.

“Lebih parah lagi jika ada yang membuat perhimpunan haram, berdemonstrasi, berkumpul dan bergaduh di khalayak umum yang akan menjejaskan imej negeri Sabah dan Malaysia sebagai sebuah negara harmoni yang berpegang kepada prinsip perlembagaan,” katanya.

Fairuz turut menasihati rakyat khasnya komuniti pengguna sosial media untuk menggunakan platform itu secara bijak dan tidak sewenang-wenangnya membuat hantaran yang berunsur negatif serta menyentuh isu 3R.

“Jadi pengguna media sosial yang bijak dan peka terhadap isu semasa.

“Tidak salah untuk menggunakan sosial media sebagai ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi, namun jika tujuannya adalah negatif dan ingin menjadi pahlawan papan kekunci yang lancing berkata-kata di sebalik layar gajet semata-mata, pastinya yang rugi itu diri sendiri,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.