
KUALA PENYU: Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kerbau yang berkeliaran di jalan raya di sini.
Seorang penduduk, Henry Ongging berkata, pemiliknya perlu diberi amaran dan didenda.
Henry mendakwa, kerbau itu sering berkeliaran di sekitar Kampung Bundu, Kampung Melampai, Kampung Menunggang dan kampung sekitarnya.
“Ini memberi ancaman keselamatan yang besar kepada pengguna kenderaan kecil termasuk motosikal terutama pada waktu malam,” katanya.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Penduduk, dakwanya, turut bimbang kerana kerbau sering merosakkan tanaman mereka termasuk sawah.
Sukian Kim Lin, seorang penoreh getah, berkata dia sudah melaporkan kerosakan akibat kerbau pada tanamannya kepada pejabat daerah dan polis.
“Apabila kerbau masuk ke halaman rumah dan ladang saya, ia merosakkan tanaman saya, seperti pokok pisang, pokok rambutan, pokok longan dan lain-lain.”
Dakwanya, kerbau itu dimiliki sebuah koperasi dan percaya mereka harus membayar ganti rugi.
Dia berharap pemilik akan mengurung ternakan mereka dan mengelakkannya daripada bebas berkeliaran.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
