“Ambillah Fatin” – Penghuni Pusat Jagaan Dibuang Ibu Kandung, Rayu Nak Tinggal Dengan Bapa

LocalEntertainment
4 Jan 2025 • 2:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pusat jagaan

Tular di TikTok, rakaman video menunjukkan seorang remaja dikenali sebagai Fatin menyatakan azam yang ingin dicapainya pada tahun 2025.

Fatin yang merupakan penghuni di Pusat Jagaan AlFikrah Malaysia mahu tinggal bersama bapa kandungnya yang sudah lama terpisah.

Fatin dakwa dibuang ibu kandung, berharap dapat berjumpa bapa

Ujarnya, selepas nenek meninggal dunia, dia tinggal bersama ibu kandungnya. Namun, ibu kandungnya didakwa tidak senang dengan kehadirannya.

Sepanjang tinggal bersama ibu kandung, remaja ini mendakwa sering dipukul dan dimarahi. Malah, abang tirinya juga tidak suka kepadanya.

Hinggalah, pada satu hari mereka didakwa telah membuang Fatin dengan cara membelikan tiket ke Shah Alam.

“Fatin rindu dengan bapak”

image is not available

Bapak, kalau bapak tengok video ni ambillah Fatin. Fatin rindu dengan bapak. Fatin rindu nak peluk bapak, nak cium bapak. Fatin nak sama-sama dengan bapak, Fatin tak ada siapa-siapa. Berapa tahun Fatin cari bapak, bapak je yang Fatin nak.

Remaja ini merayu bapa kandungnya mengambilnya untuk tinggal bersama-sama. Dia berimpian untuk menjadi seperti remaja normal yang lain iaitu mempunyai ibu dan bapa.

Dia juga mengaku kurang kasih sayang dan berhasrat dapat berjumpa sekejap untuk melepaskan rindu jika bapa tidak mahu mengambilnya.

#OhmediaNasihat

Kisah Fatin ini mengajar kita tentang betapa pentingnya peranan keluarga dalam membentuk kestabilan emosi dan kasih sayang untuk seseorang individu. Jika bapa Fatin menonton video ini, diharapkan mereka dapat bersatu suatu hari nanti.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok Pusat Jagaan AlFikrah Malaysia