“Ambillah Kesempatan Selagi Boleh” – 9 Tahun Mendiamkan Diri, ‘Posting’ Adira Suhaimi Curi Perhatian

30 Jul 2024 • 1:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian penyanyi, Adira Suhaimi baru-baru ini di laman TikToknya telah mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet.

Lama diamkan diri

Dalam kapsyen yang ditulis untuk satu video itu, Adira berkata dia sudah bersabar dan mendiamkan diri untuk jangka masa yang sangat lama iaitu selama 9 tahun.

Kalau selama sembilan tahun Ami boleh tak melawan, Ami boleh senyap.. takkan sekarang ni tak boleh.

@adirasuhaimi.ami kalaw selama 9 tahun ami boleh tak melawan , ami boleh senyap.. tak kan sekarang ni tak boleh fahamkan yg tahu je tahu #ytjt #fyp #mentang2Amisenyap #lali ♬ original sound – K a r l o

‘Teruskan ambil kesempatan’

Dalam pada masa yang sama, penyanyi tersebut turut memberitahu kepada indivdiu yang dituju untuk mengambil kesempatan selagi boleh.

Ambillah kesempatan selagi masih boleh. Ajak ramai-ramai.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menitipkan pesanan buat Adira untuk tidak melayan karenah individu itu dan kekal positif dalam kehidupan.

image is not available

image is not available 1 week ago

"Saya Tiada Sesiapa, Nak Fokus Diri Sendiri Dan Anak-Anak Sahaja" - Datin Red