“Amboi, mana tahu? Saya pun tak tahu..-“Ruhainies nafi dah kahwin dengan Zul Ariffin

LocalEntertainment
10 Nov 2024 • 2:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Ruhainies nafi dah kahwin dengan Zul Ariffin seperti mana tular dakwaan di media sosial membabitkannya dengan aktor bertubuh sasa sehingga menarik perhatian ramai.

Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan penularan sebuah berita palsu.

“Amboi, macam mana tahu? Saya pun tidak tahu. Terima kasih atas maklumat ini,” perli Ruhainies.

image is not available

Ruhainies nafi dah kahwin

Ruhainies berkata demikian ketika mengulas tangkap layar tajuk hantaran ‘Terbongkar akhirnya Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya sudah kahwin, ini ceritanya’.

Tidak mengambil serius, pelakon filem Roh 100 Hari itu sebaliknya mengakui terhibur membaca berita berkenaan.

“Kepada netizen yang saya sayangi, jangan biarkan pihak tidak bertanggungjawab ini gula-gulakan korang okay.

image is not available

“Korang (netizen) pasti lebih bijak. Terlalu banyak berita palsu sekarang ini, tekan-tekan rupanya link shopee. Harap berbahagialah dan semoga murah rezeki dan halal hasilnya.

“Saya tak marah tau, saya cuma rasa perkara itu lucu dan menghiburkan. Benar-benar menceriakan hari saya,”katanya.

image is not available

Sebelum ini, timbul juga dakwaan mengatakan Ruainies bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor sensasi, Aliff Aziz. Namun, perkara itu disangkal oleh aktres terbabit.

Nama Ruhainies menjadi bualan ramai selepas timbul kontroversi membabitkan tangkapan berkhalwat bersama Aliff Aziz ang pada ketika itu suami kepada penyanyi, Bella Astillah.

.Sumber: Instagram Ruhainies