Ambulans 'gagal' tampung lelaki obes 160kg, APM angkut guna lori

LocalHealth & Fitness
6 Jul 2025 • 10:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
APM Pasir Puteh memindahkan seorang pesakit lelaki obes melebihi 160 kg dari HTA ke HRPZ II, Kota Bharu, pada awal pagi Ahad. Foto APM

image is not available
Pemindahan pesakit dapat dijalankan tanpa sebarang risiko atau kelewatan. - Foto APM

PASIR PUTEH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh membantu memindahkan seorang pesakit lelaki yang mempunyai berat lebih 160 kilogram (kg) dari Hospital Tengku Anis (HTA) di sini ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, awal pagi Ahad.

Pegawai APM Daerah Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1 pagi susulan kekangan ambulans hospital yang tidak dapat menampung berat pesakit berusia 36 tahun itu.

**media[3191134]**

“Kami segera menggerakkan lima anggota termasuk seorang pegawai ke lokasi dan menggunakan lori bagi memastikan proses pemindahan pesakit dapat dilakukan dengan selamat serta efisien.

“Keputusan menggunakan lori dibuat berdasarkan keperluan logistik serta faktor keselamatan agar penghantaran ke HRPZ II dapat dijalankan tanpa sebarang risiko atau kelewatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad.

Menurut beliau, kerjasama antara APM dan pihak hospital turut membantu mempercepatkan urusan pemindahan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan.

Ujarnya, tindakan pantas dan profesionalisme anggota yang terlibat membuktikan komitmen APM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutama dalam situasi kecemasan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved