Ambulans terbabas, empat cedera

21 Dec 2022 • 1:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Empat individu termasuk pesakit yang dibawa dalam ambulans St. John cedera selepas kenderaan itu terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta sebatang pokok sebelum terbalik di Jalan Masjid Negeri, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata kemalangan berlaku pada pukul 4.40 petang itu semasa pemandu ambulans dan seorang pembantu pegawai perubatan, masing-masing berumur 22 dan 28 tahun, sedang dalam perjalanan dari Sungai Ara, dekat sini selepas mengambil seorang pesakit wanita dan anak perempuannya untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Sebaik sampai di Jalan Masjid Negeri, menghala ke Jalan Scotland, pemandu ambulans dipercayai hilang kawalan, menyebabkan ambulans terbabas dan melanggar pembahagi jalan serta sebatang pokok di sebelah kanan jalan, lalu terbalik.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans, pesakit yang berusia 54 tahun dan anak perempuannya berumur 24 tahun tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya pemandu ambulans itu mengalami kecederaan di tangan dan kepala manakala pembantu perubatan cedera ringan di muka dan tangan.

“Pesakit pula mengalami kecederaan di kepala manakala anak perempuannya pula cedera di kepala dan muka. Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,“ katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved