AMD dan Intel Menubuhkan Kumpulan Penasihat Memastikan Masa Depan X86

TechnologyDigital
16 Oct 2024 • 10:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Senibina perkomputeran X86 mula dicabar oleh ARM selepas lebih empat dekad menjadi asas kepada pelbagai sistem operasi komputer dunia. Sejak Apple memulakan langkah awal, tahun ini kelebihan ARM berbanding X86 dapat dilihat. pada komputer yang menggunakan cip Snapdragon X. Bagi memastikan hala tuju X86 adalah di jalan yang betul dan memenuhi keperluan industri, AMD dan Intel telah menubuhkan kumpulan penasihat baharu.

image is not available

Kumpulan Penasihat Ekosistem x86 (x86 Ecosystem Advisory Group) dibentuk juga untuk meningkatkan keserasian dan inovasi dalam seni bina x86. Selain dua syarikat pengeluar cip terkemuka ini, kumpulan turut dianggotai oleh Broadcom, Dell, Google, Hewlett Packard Enterprise, HP Inc., Lenovo, Meta, Microsoft, Oracle, dan Red Hat bersama dengan Linus Torvalds dan Tim Sweeney

Kumpulan ini akan menyatukan pemimpin industri untuk membentuk masa depan x86, memudahkan pembangunan perisian, dan menyediakan platform untuk mengenal pasti keperluan dan ciri seni bina.