AMD FSR 4 Akan Menyokong 30 Permainan Komputer Apabila Dilancarkan – 75 Menjelang Hujung Tahun

TechnologyDigital
28 Feb 2025 • 12:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelancaran siri kad grafik AMD Radeon RX 9070 yang akan berlangsung tidak lama lagi, kad grafik tersebut akan memperlihatkan sejumlah penawaran teknologi baru, khususnya Fidelity Super Resolution 4 atau FSR 4 yang akan membantu dalam memperbaiki mutu sesi gaming anda melalui peningkatan resolusi dan juga kadar bingkai yang lebih tinggi menggunakan teknologi AI.

Laporan daripada VideoCardz mengesahkan bahawa apabila kad grafik AMD Radeon RX 9070/9070XT dilancarkan pada bulan Mac, teknologi ini akan boleh digunakan pada hari pertama pelancaran, dan akan menyokong lebih dari 30 permainan-permainan komputer, dan angka tersebut dijangka akan meningkat ke 75 pada hujung tahun ini.

image is not available

Serupa seperti teknologi DLSS 4 oleh NVIDIA, teknologi ini menggunakan AI untuk meningkatkan resolusi permainan dan menambahkan kadar bingkai menggunkan frame generation untuk mutu gaming yang lebih baik dan lancar.

Permainan-permainan yang akan menyokong teknologi FSR 4 pada hari pelancaran kad grafik AMD Radeon RX 9070 adalah seperti berikut: The Alters, Bellwright, Call of Duty: Black Ops 6, Creatures of Ava, Dragonkin: The Banished, Endoria: The Last Song, FragPunk, Funko Fusion, God of War: Ragnarok, Horizon Zero Dawn Remastered, Horizon Forbidden West, Hunt: Showdown 1896, Incursion Red River, Kristala, Marvel Rivals, Marvel’s Spider-Man 2, Marvel’s Spider-Man Remastered, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, MechWarrior 5: Clans, Monster Hunter Wilds, Nightingale, No More Room in Hell 2, PANICORE, Predator: Hunting Grounds, Ratchet & Clank: Rift Apart, Remnant 2, Smite 2, The Axis Unseen, The Last of Us: Part I, The Last of Us: Part II Remastered, Until Dawn, Warhammer 40,000: Space Marines 2, Kingdom Come: Deliverance II, Dynasty Warriors: Origins dan Civilization 7.