AMD Juga Akan Memperlihatkan APU Krackan Point Di Acara CES 2025

TechnologyDigital
13 Dec 2024 • 1:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AMD dijangka akan memperlihatkan sejumlah komponen CPU, APU dan kad grafik baru di acara CES 2025 tidak lama lagi. Dua komponen yang pastinya ditunggu-tunggu termasuklah AMD Ryzen Strix Halo dan juga AMD Ryzen Z2.

Tetapi terkini, AMD juga nampaknya akan memperlihatkan sebuah lagi komponen APU baru disamping Strix Halo, iaitu Krackan Point. Kewujudan APU ini disahkan melalui platform penanda-aras cip pemprosesan Geekbench yang memperlihatkan penggunaannya didalam sebuah komputer riba Acer Swift baru yang belum diumumkan lagi.

image is not available

APU ini masih belum hadir dengan nama rasmi, tetapi terdapat ura-ura bahawa ia akan dinamakan AMD Ryzen AI 7 350, meletakkannya dibawah model AMD Ryzen AI 300.

Dari tangkapan layar penanda-aras yang diperlihatkan, CPU ini hadir dengan lapan teras fizikal yang terdiri dari empat teras ZEN 5 dan empat teras ZEN 5c dan 16 bebenang kuasa dengan frekuensi asas 2.00GHz dan nilai Turbo Boost 5GHz.

Sama seperti cip pemprosesan AMD Ryzen AI 300 yang lain, APU Krackan Point ini juga akan hadir dengan GPU AMD Radeon 860M yang cukup berkuasa untuk menggerakkan perisian produktiviti kreatif dan juga permainan-permainan komputer moden tanpa masalah.