AMD Membuang 4% Pekerja Bagi Menyelaraskan Sumber Syarikat

TechnologyDigital
14 Nov 2024 • 9:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Advanced Micro Devices (AMD) mengumumkan mereka membuang 4% pekerja di seluruh dunia bagi menyelaraskan sumber syarikat dengan peluang pertumbuhan terbesar pasaran. Pengurangan tenaga kerja dilakukan selepas AMD melaporkan keuntungan pada suku lalu yang tidak mencapai sasaran sungguhpun mencatatkan peningkatan.

image is not available

Tetapi penyusutan pada pasaran permainan video dicatatkan menyebabkan pendapatan susut hampir 70% berbanding tahun sebelumnya. Pada ketika ini AMD dianggarkan mempunyai sekitar 26,000 tenaga kerja. Tumpuan syarikat kini dipercayai ialah pada kecerdasan buatan (AI) bagi memberikan persaingan kepada NVIDIA yang mendominasi pasaran sejak tiga tahun kebelakangan ini.

AMD mengikuti langkah Intel yang juga telah membuang ribuan pekerja disebabkan prestasi cip yang kurang memberangsangkan dan cip AI yang tidak mendapat sambutan kerana tidak kompetitif berbanding cip pesaing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved