AMD Mengumumkan Pelaburan $1 bilion dalam Tawaran Ekuiti Meta

TechnologyBusiness & Finance
28 Oct 2026 • 1:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AMD dan Meta mengumumkan pengembangan kerjasama strategik untuk membina serta mengendalikan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) generasi baharu, termasuk sistem “superintelligence” Meta. AMD kini membekalkan teknologi merentasi CPU, GPU, rangkaian, sistem dan perisian untuk pusat data Meta.

Image from: AMD Mengumumkan Pelaburan $1 bilion dalam Tawaran Ekuiti Meta

AMD turut mengumumkan pelaburan sebanyak $1 bilion (~RM 4.08 bilion) dalam tawaran ekuiti Meta. Pengumuman dilakukan selepas NVIDIA mengatakan mereka akan melabur $3 bilion (~RM12.24 bilion) pada penawaran ekuiti Meta, sekaligus mengukuhkan kerjasama kedua-dua syarikat berkenaan.

Kerjasama antara AMD dan Meta diperkukuhkan lagi dengan penggunaan rak AMD Helios di pusat data Meta dengan ia sedang menjalani ujian. Ia dijangka menjadi asas kepada penggunaan yang lebih meluas bagi model AI termaju dan perkhidmatan AI Meta.

Sementara itu Pemproses AMD EPYC digunakan untuk persekitaran pengkomputeran yang menyokong ejen AI peribadi Meta Muse. Meta telah menggunakan berjuta-juta pemproses EPYC merentasi beberapa generasi dan merupakan pelanggan utama untuk CPU EPYC generasi keenam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved