AMD, NVIDIA dan Qualcomm Terlepas Daripada Tarif Import Cip Ke China

TechnologyDigital
12 Apr 2025 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

China mengenakan tarif balasan 125% ke atas semua produk yang diimport dari Amerika Syarikat semalam sebagai balasan kepada tarif 145% yang diumumkan oleh Presiden Trump dua hari lalu. Ini mendatangkan pelbagai masalah kepada pengeluar cip di China yang mengimport cip keluaran syarikat seperti Intel, AMD, NVIDIA dan Qualcomm.

image is not available

Hari ini Persatuan Industri Semikonduktor China (CSIA) mengeluarkan notis tidak semua cip daripada syarikat Amerika akan dikenakan tarif 125%. China mengklasifikasikan import dari negara asal cip dihasilkan dan bukannya negara asal syarikat.

AMD, NVIDIA dan Qualcomm menggunakan faundri TSMC di Taiwan untuk cip mereka dan oleh itu tiada tarif dikenakan kerana China mengiktiraf Taiwan sebagai sebahagian negara mereka. Intel, Global Foundries dan Texas Instruments pula sebaliknya kerana menggunakan faundri yang terletak di Amerika Syarikat.