AMD Variable Graphics Memory Boleh Mengubah RAM Menjadi VRAM

TechnologyGamingDigital
12 Sep 2024 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AMD telah mengumumkan ciri Variable Graphics Memory (VGM) yang membolehkan pemilik komputer riba menetapkan sejumlah RAM untuk digunakan pada VRAM bagi menjalankan permainan video dengan lebih lancar. Menurut AMD proses mengubah saiz RAM ini adalah semudah menekan butang dalam aplikasi AMD Adrenaline,

image is not available

Maka kad grafik terbina yang hanya mempunyai 4GB VRAM boleh ditingkatkan ke 12GB VRAM bagi membolehkannya menjalankan permainan video pada tetapan grafik lebih tinggi. Ia juga menyelesaikan isu beberapa permainan video tidak boleh dijalankan pada komputer riba kerana tidak melepasi tetapan memori kad grafik. Dalam Adrenalin, sudah terdapat beberapa pratetapan terbina. Tetapan Medium misalnya, mengubah 8GB daripada 32GB RAM menjadi VRAM.

image is not available

Dalam grafik yang dikongsi AMD, beberapa permainan video popular boleh mencatatkan peningkatan sehingga 33FPS apabila VGM dan Fluid Motion Frames 2 diaktifkan. Pada ketika ini ciri Variable Graphics Memory hanya disokong pada komputer riba dengan cip AMD AI 300 “Strix Point”.

View Original Article