Ameera Khan bawa Jefri Nichol makan ikan bakar di Kuala Besut -“Sedap do’oh!”

LocalFood
22 May 2025 • 9:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan bawa pelakon Indonesia, Jefri Nichol yang juga kekasihnya mencuba makan di gerai ikan bakar di Kuala Besut.

Ameera Khan bawa kekasih bercuti

Momen tersebut dikongsikan akaun TikTok Noor Suryani yang memuat naik momen pasangan tersebut sedang menjamu selera di bawah pohon.

@noorsuryanti

ameera datang KUALA BESUT nak makan ikan bakar... SEDAP DOK"OOHH @Sofea’s Bakery BISKUT CORNFLAKES 0199888070 SOFEA IKAN BAKAR DI JETTY KUALA BESUT POKSU WILL IKAN BAKAR 01127614799 GG call untuk pertanyaan

♬ original sound - noorsuryanti CHESU - noorsuryanti CHESU

Ameera Khan bawa Jefri Nichol makan gerai ikan bakar

Apa yang mencuri tumpuan sudah tentu respon daripada Jefri sewaktu ditanya tentang juadah yang dimakannya dalam loghat Kelantan.

“Sedap do’oh,” ujarnya ringkas sambil tersenyum.

Jefri Nichol sudah ‘di Kelantan kan’

Momen tersebut telah menjadi perhatian ramai apabila masing-masing terhibur dengan kenyataan daripada pelakon terbabit kerana sudah ‘di Kelantankan’ oleh kekasihnya sejak mereka bersama.

Dalam pada masa yang sama, mereka turut memuji pasangan ini kerana langsung tidak memilih makan di mana walaupun hanya di kedai makan biasa.

image is not available

Suka tengok Ameera, tetap dengan loghat Kelantan

image is not available

Bagus tak memilih tempat makan

image is not available

Hubungan cinta antara Ameera Khan dengan Jefri Nichol bukan lagi rahsia apabila masing-masing kerap meluangkan masa bersama.

Walaupun terpisah dengan jarak, ia bukanlah penghalang untuk mereka kerana kedua-duanya dilihat tiada masalah untuk saling berkunjung ke negara masing-masing jika ada waktu luang.

Sumber: TikTok noorsuryani