Ameera Khan beri sokongan buat kekasih, ‘angkut’ keluarga tonton Jefri Nichol bertinju

LocalEntertainment
10 Aug 2025 • 2:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pempengaruh terkenal, Ameera Khan beri sokongan penuh buat kekasihnya yang juga aktor Indonesia, Jefri Nichol berentap dalam perlawanan tinju berdepan anak kepada Ahmad Dhani, El Rumi di Jakarta.

Ameera Khan beri sokongan kepada kekasih

Menerusi video yang dikongsi TikTok superstar.knockout, dapat dilihat Ameera bersama kakaknya, Noor Nabila dan anak buah, Jebat Jayden serta aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad berada di bangku penonton.

Ameera Khan beri sokongan Jefri berlawan tinju

Dalam pada masa yang sama, Ameera turut meninggalkan mesej kepada teman lelakinya dengan mengucapkan semoga berjaya buat aktor terbabit di Instagram superstarknockout.

“Ini mesej kepada teman lelaki saya, Jefri Nichol.

Semoga berjaya, sayang. Saya doakan Allah memberikan kamu kemenangan yang adil dan dihormati orang ramai,” ujarnya.

Instagram will load in the frontend.

Tewas dalam masa 38 saat

Walau bagaimanapun, perlawanan ‘rematch’ antara kedua-dua selebriti muda itu masih berpihak kepada El Rumi apabila menewaskan Jefri dalam masa 38 saat sahaja.

Menerusi Insta Story Ameera, dia tetap menganggap Jefri sebagai pemenang dan seorang lelaki sebenar.

image is not available

image is not available

Difahamkan, ini merupakan perlawanan tinju kedua antara Jefri dan El Rumi apabila sebelum ini turut berentap di ring kira-kira dua tahun lalu.

Dalam perlawanan sebelumnya, aktor terbabit kalah kepada El Rumi dan telah menentang semula selebriti terbabit untuk kembali bertembung di ring pada 9 Ogos 2025.

Sumber: TikTok superstar.knockout, Instagram superstarknockout