Ameera Khan dedah belum berpunya, dengar nasihat ibu perlu ada 8 ‘boyfriend’

LocalEntertainment
20 Oct 2024 • 12:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh terkenal, Ameera Khan dedah belum berpunya dan masih single walaupun dia kerap digosipkan dengan beberapa jejaka sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan adik kepada selebriti terkenal, Neelofa sewaktu membuat live bersama ibunya, Noor Kartini di dalam kereta dengan menjawab beberapa pertanyaan daripada netizen.

image is not available

Ameera Khan dedah belum berpunya, tapi ramai pula dipanggil ‘sayang’

Menerusi video rakaman siaran langsung berkenaan, Ameera menyatakan dia masih belum ada kekasih walaupun mempunyai ramai kenalan lelaki.

Perkara tersebut turut ditanyakan kepada ibunya dan diakui bahawa Ameera memang mempunyai ramai kenalan dari pelbagai negara seperti London dan Arab yang kebanyakan mereka dipanggil dengan gelaran sayang serta my love.

Ameera Khan dedah belum berpunya, ibu kata tak salah ramai kawan

Tambah Noor Kartini dalam nada ketawa, tidak salah untuk mempunyai ramai rakan-rakan ketika masih bujang, namun apabila berumah tangga kelak wajiblah setia pada yang satu.

Dalam pada itu, Ameera yang hanya ketawa kecil sempat berseloroh mendedahkan bahawa dia mengambil nasihat daripada ibunya dimana memberitahu perlu ada lapan kekasih sama sepertinya sewaktu muda dahulu.

“Mama kata saya kena ada lapan teman lelaki. jadi sehari seorang, yang lebih seorang tu backup kalau ada yang sibuk. Saya hanya ambil nasihat tu,” ujarnya sambil tertawa.

Jelas pempengaruh itu lagi, dia menceritakan semua perkara termasuklah hubungan percintaannya dengan mana-mana lelaki kepada ibu walaupun sedar ada diantara anak gadis tidak melakukan hal tersebut.

Betul la nasihat mama Ameera tu

Perkongsian tersebut telah menghadirkan pelbagai respon daripada netizen yang kebanyakan bersetuju dengan apa yang dinyatakan ibu kepada Ameera.

Ujar mereka, tak salah jika kita berkawan dengan ramai orang dan pilih yang terbaik bagi menjadikan pasangan hidup di masa hadapan.

image is not available

Suka tengok bonding mereka

image is not available

Berkawan biar beribu, berkasih biar satu

image is not available

Setuju dengan apa mak dia cakap

image is not available

Terdahulu, Ameera Khan pernah menyatakan dirinya sudah mempunyai teman lelaki yang kini berada di London.

Perkara tersebut dinyatakan susulan menerima tuduhan daripada sesetengah pihak yang mendakwa dirinya pergi bercuti di Bali dengan seorang pelakon lelaki terkenal.

Sumber: TikTok milahbunga