Ameera Khan Jual ‘Tester’ Coklat RM9 Sebotol, Netizen Kecewa Dapat Tak Semenggah – “Macam Tahi Kucing Salut Tofu”

LocalFood
4 Aug 2026 • 9:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang pengguna Threads meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa pembelian tester produk coklat yang dijual pempengaruh terkenal, Ameera Khan tidak seperti yang dipaparkan dalam gambar promosi.

Menerusi perkongsiannya, wanita itu berkata dia membeli tester tersebut dengan harapan menerima produk yang kelihatan penuh dengan coklat seperti diiklankan.

Advertisement

jsfasf

mating

“I beli tester dia dengan harapan dapat sebijik la macam dalam gambar. Tapi rupanya…”

Menurutnya, pembelian itu dibuat kerana tertarik dengan penampilan produk yang dilihat melimpah dengan coklat, selain mengakui dirinya memang gemar menikmati coklat.

“Bukan nak support sangat pun family ni berniaga tapi sebab terliur tengok gambar coklat dia penuh melimpah macam tu tak kedekut langsung gayanya. Kita pun memang suka coklat.”

Bagaimanapun, apabila menerima produk berkenaan, dia mendakwa isi kandungannya jauh berbeza daripada jangkaan sehingga membuatkannya berasa kecewa.

View this post on Instagram

efea

“Sekali dapat hmm dah rupa macam tahi kucing bersalut tofu.”

Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian netizen yang turut berkongsi pandangan masing-masing. Ada yang beranggapan gambar promosi dan produk diterima kelihatan berbeza, manakala segelintir lagi berpendapat saiz tester sememangnya lebih kecil dan pembeli tidak seharusnya meletakkan jangkaan terlalu tinggi.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan wakil penjual mahupun Ameera  berhubung dakwaan yang tular di media sosial itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Ameera Khan Jual ‘Tester’ Coklat RM9 Sebotol, Netizen Kecewa Dapat Tak Semenggah – “Macam Tahi Kucing Salut Tofu”2026-08-03 18:05:21

"Tolong Minta Maaf Dengan Abang PBT Tu" - Kilafairy Mohon Maaf, Akui Pilihan Kata Di Threads Terlalu Keras

The post Ameera Khan Jual ‘Tester’ Coklat RM9 Sebotol, Netizen Kecewa Dapat Tak Semenggah – “Macam Tahi Kucing Salut Tofu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved