Ameera Khan Padam Semua Gambar Di Instagram

EntertainmentWomen's Fashion
8 Jul 2022 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Foto di bahagian profil Ameera juga turut dibiarkan kosong.

Pempengaruh media sosial terkenal yang juga adik kepada Noor Neelofa iaitu Ameera Khan dilihat telah memadam semua fotonya di akaun Instagram.

Malah foto di bahagian profil juga turut dibiarkan kosong. Tindakan gadis berusia 21 tahun itu mengundang spekulasi ramai tentang apa yang sedang berlaku terhadap dirinya. 

image is not available

Ameera yang menggunakan nama akaun Little Miss Khan mempunyai pengikut Instagram sebanyak 1.4 juta.

Biarpun bukan bergelar seorang selebriti seperti kakaknya, namun wajah jelitanya sering menjadi buruan jenama-jenama mewah antarabangsa untuk dijadikan model kempen mereka.

Kebanyakan hantaran Ameera di Instagram melibatkan kempen-kempen yang dijayakannya untuk jenama seperti Gucci, Dior, Burberry, Versace, Fendi dan banyak lagi.

Getaran juga tidak pasti apa yang sedang berlaku pada Ameera. Adalah ini adalah salah satu gimik atau akaun Instagram Ameera telah digodam individu tidak bertanggungjawab. Semoga Ameera baik-baik sahaja. - Getaran, 8 Julai 2022.

Foto : Instagram Naelofar

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved