Nama pelakon dan pengacara Amelia Henderson kembali menjadi bualan hangat di media sosial selepas seorang netizen mempersoalkan gelaran “genius” yang sering diberikan kepadanya.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut berpendapat ramai terlalu mengagungkan Amelia hanya kerana fasih berbahasa Inggeris dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Advertisement

Menurutnya, masih ramai individu lain yang lebih cemerlang dari sudut akademik tetapi tidak menerima layanan sama.
Dalam hantaran sama, netizen itu turut mendakwa Amelia tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, selain mempersoalkan mengapa ada yang menganggap pelakon itu seorang genius hanya berdasarkan penampilannya dalam sebuah podcast bersama Khairy Jamaluddin.
“Amelia Henderson genius ke atau mentality some Malaysian low? No intention to downgrade her, shes doing well in her career but to the point nak kata dia genius bagai during podcast with KJ tu hmm yall should question yourself sebenarnya, thats just basic communication skills.”
Bagaimanapun, ramai pengguna media sosial tampil membetulkan tanggapan tersebut dengan menjelaskan bahawa Amelia sememangnya merupakan ahli Mensa Malaysia.
@imyourdaisyyy Member mensa with iq 180! ??? #aedyashraf #ameliahenderson #studiosembang #aedyamelia #fyp
? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Untuk rekod, Mensa ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang menghimpunkan individu yang memperoleh skor IQ dalam kelompok dua peratus tertinggi di dunia.
Menurut perkongsian seorang pengguna Threads, Mensa Malaysia yang ditubuhkan pada 1984 kini mempunyai kira-kira 800 ahli aktif, dan Amelia Henderson merupakan antara tokoh tempatan yang menjadi ahli persatuan itu.
“Ahli Mensa Malaysia terdiri daripada individu yang mendapat skor IQ pada 2% teratas populasi dunia. Ditubuhkan sejak 1984, persatuan ini mempunyai sekitar 800 ahli aktif. Antara tokoh terkenal Malaysia yang merupakan ahli persatuan ini ialah selebriti Amelia Henderson.”
Perdebatan itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ada yang berpendapat kecerdasan seseorang tidak semestinya diukur melalui pencapaian akademik semata-mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Saya Mak Mentua Dari Syurga” - Che Ta Pilih Jadi Mentua Santai, Tak Suka Campur Urusan Rumah Tangga Anak
The post Amelia Henderson Dipandang Rendah Netizen Gara-Gara Tak Sambung ‘Study’, Peminat ‘Backup’ – “Dia Tu Ahli Mensa Tau Tak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

