Amelia Henderson Jelaskan Hubungan Dengan Anak Tiri Tokti, Aazief Khalid

LocalEntertainment
11 Sep 2024 • 11:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
amelia henderson

Pelakon Amelia Henderson tampil menjelaskan bahawa hubungannya dengan Aazief Khalid, anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, hanyalah sekadar kawan biasa.

Amelia mengakui serba-salah apabila namanya dikaitkan dengan Aazief selepas kali pertama bertemu di konsert Siti di Genting Highlands, baru-baru ini.

Saya dan Izara Aishah memang berkawan baik, jadi dia ajak saya menonton konsert Siti di Genting Highlands. Sudah tentu saya bersetuju. Pada hari itu, saya ditemani adik lelaki dan seorang rakan perniagaan.- Jelas Amelia ketika ditemui Harian Metro.

Duduk sekejap je terus viral…

image is not available

Menurutnya, dia hanya kebetulan duduk bersebelahan dengan Aazief dan wajah mereka tular dalam video yang dimuat naik oleh kakak ipar Aazief, Tya Ariffin.

Saya kasihan kepada Aazief. Dia lelaki yang baik, tak sangka pula ada spekulasi mengenai kami.- Tambahnya lagi.

Amelia turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat andaian tanpa bukti kukuh hanya kerana melihat satu situasi.

Duduk sebelah tidak bermakna mereka bercinta…

image is not available

Saya tak tahu macam mana nak minta maaf kepada mereka, sebab dah secara tak langsung membabitkan mereka dalam hal peribadi saya.- Katanya.

Walaupun biasa dengan gossip, Amelia menegaskan bahawa hanya kerana dia duduk bersebelahan dengan Aazief, tidak bermakna mereka bercinta.

Saya yakin dia pun mesti terkejut dengan apa yang berlaku ini.- Katanya.

Sebelum ini, timbul gosip mendakwa Amelia dan Aazief sedang menjalinkan hubungan istimewa selepas dilihat duduk bersebelahan di konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza di Genting Highlands pada 11 Ogos lalu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved