Amelia Henderson Langgar Kontrak, Diperintah Bayar Saman RM213k Kepada Syarikat Produksi A. Aida

7 Apr 2023 • 11:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon jelita, Amelia Henderson dan penerbit, Datuk A Aida telah hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi bagi prosiding keputusan saman berkaitan perlanggaran kontrak yang berlaku sebelum ini.

Menurut laporan Kosmo, Amelia telah diperintah mahkamah untuk membayar sebanyak RM213,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.

Pelakon itu juga perlu memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat yang dilik Datuk A Aida dan perkara ini diputuskan Hakim, Zulqarnain Hassan.

Ketika perbicaraan berlangsung, pengurus syarikat produksi itu menjadi wakil dan beritahu bahawa mereka terpaksa menanggung kerugian akibat Amelia melanggar perjanjian.

Walau bagaimanapun, Amelia tetap menafikan perkara itu dan meminta untuk dibicarakan dan melawan kes saman itu. 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved