Ameng Spring dedah jantung bekas isteri terhenti 8 kali – “Doktor suruh baca Yasin..”

EntertainmentHealth & Fitness
29 Sep 2025 • 1:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Ameng Spring dedah jantung bekas isterinya, Datuk A.Aida terhenti sebanyak lapan kali ketika berada di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara, baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo!Online, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail kongsi detik cemas itu sewaktu dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya, Wan Az Aleesa menceritakan kejadian menimpa terhadap ibunya.

Ameng Spring dedah jantung

image is not available

“Anak saya telefon sambil menangis teresak-esak. Saya ingatkan kucing dia mati sebab dia ada kongsi dalam sosial media tentang kucingnya yang sakit. Rupanya mama dia yang sakit.

“Lepas dapat panggilan, saya terus ke hospital bertemu anak saya. Dia beritahu saya doktor suruh baca Yasin. Jantung ibunya sudah berhenti sebanyak lapan kali.

“Saya sempat melawat A.Aida. Saya lihat wayar sudah berselirat di badannya ketika tu. Waktu itu saya sedar ini bukan sakit biasa-biasa. Tetapi sakit kronik. Pada mulanya saya syak dia kena serangan jantung disebabkan faktor umur. Tetapi rupanya dia mengalami komplikasi,” katanya.

Kata Ameng lagi, bekas isterinya itu seolah-olah tiada harapan memandangkan sudah empat hari koma di hospital namun, bersyukur A.Aida kini sudah kembali sedar.

Ameng Spring dedah jantung

image is not available

“Saya tengok seolah-olah dia sudah tiada harapan. Jadi kami telah lakukan bacaan Yassin dan solat hajat. Alhamdulillah pagi tadi (semalam) saya dapat panggilan daripada anak saya memaklumkan ibunya sudah sedar.

“Yang paling penting bila dia sedar, dia kenal anak dia. Maknanya otak dia masih berfungsi. Selalunya kalau orang sedar daripada koma mereka susah untuk ingat.

“Tetapi dia masih belum boleh bercakap kerana ada tiup di dalam mulut. Cuma bila anak saya tanya kenal tak dia, dia angguk. Insya-Allah dalam masa terdekat dia mungkin akan dipindahkan ke wad biasa,” kongsinya.

Terdahulu, penerbit terkenal yang berusia 55 tahun itu yang baru menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu, rebah selepas menjalani sesi fisioterapi.

image is not available

Sumber: Kosmo! Online (Helmi Anuar)