Ameng Spring kini bergelar Datuk, terima kurnia Darjah Indera Mahkota Pahang

LocalEntertainment
1 Oct 2026 • 3:48 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Ameng Spring kini bergelar Datuk, terima kurnia Darjah Indera Mahkota Pahang

PENYANYI Ameng menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Menerusi Facebook Kesultanan Pahang, pemilik nama Wan Aminuddin Wan Ismail itu antara 32 individu yang menerima darjah kebesaran berkenaan daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 baginda di Istana Abdulaziz, hari ini.

Image from: Ameng Spring kini bergelar Datuk, terima kurnia Darjah Indera Mahkota Pahang

Ameng menerusi Insta Story berkongsi foto bersama isterinya, Datin Sabariah Zakariah di samping Timbalan Mufti Negeri Pahang, Datuk Dr Badli Shah Alauddin.

Pelantun lagu Sampai Hati dan Romantis serta bekas vokalis Spring itu menerima ucapan tahniah daripada keluarga.

Turut menerima DIMP ialah bekas pemain bola sepak negara See Kim Seng dan pengulas sukan Abu Bakar Atan.

Sumber: Kesultanan Pahang

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved