Amerika Dan China Bersetuju Mengurangkan Tarif Sebanyak 115%

TechnologyDigital
13 May 2025 • 8:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amerika Syarikat dan China bersetuju untuk mengurangkan kadar tarif sebanyak 115% bermula 14 Mei ini selama 90 hari. Persetujuan berjaya dicapai apabila wakil kedua-dua negara melakukan pertemuan di Geneva, Switzerland semalam. Amerika kini hanya mengenakan tarif import 30% ke atas China manakala China pula hanya mengenakan tarif 10%.

image is not available

Perang perdagangan antara kedua-dua negara melihat Presiden Trump mengenakan kadar tarif tinggi 145% ke atas China kerana deficit import yang tinggi dilihat sebagai merugikan Amerika Syarikat. Beliau kemudian mengenakan pula tarif sehingga 245% ke atas produk tertentu selepas China mengenakan tarif berbalik 125% ke atas Amerika Syarikat.

Pasaran saham dunia bergolak selepas Tarif Trump dan di Amerika Syarikat muncul kerisauan syarikat tempatan paling terkesan teruk kerana produk mereka dikeluarkan di China. Apple telah mengambil langkah untuk mengimport iPhone dari Indian dan produk lain dari Vietnam bagi mengelak tarif tinggi.

Walaupun persetujuan mengurangkan tarif import ini disambut baik pemain industri, masih wujud ketidaktentuan apakah yang akan berlaku selepas tempoh 90 hari ini luput.