Amerika Ingin Mengharamkan Pula Syarikat Yang Membantu Huawei Menghasilkan Cip

TechnologyDigital
21 Mar 2024 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu Huawei bangkit seperti Phoenix dari abu dengan menghasilkan beberapa cip Kirin rekaan sendiri. Teknologi berjaya dibangunkan walaupun mereka dikenakan sekatan teknologi oleh Amerika Syarikat sejak 2019. Kemampuan Huawei ini mengejutkan Amerika Syarikat dan kini muncul laporan syarikat yang membantu mereka kini akan juga dikenakan sekatan yang sama.

Menurut laporan South China Morning Post, Qingdao Si’En, SwaySure, Shenzhen Pensun Technology dan ChangXin Memory Technologies yang diambil alih oleh Huawei akan disenarai hitamkan menerus senarai entiti Jabatan Perdagangan Amerika. Menerusi syarikat-syarikat ini serta SMIC, Huawei melancarkan sir Huawei Mate 60 dengan kemampuan 5G yang selama ini disekat kerana teknologi yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

image is not available
Huawei Mate 60

Huawei bukan satu-satunya syarikat yang dimasukkan ke dalam senarai entiti disebabkan oleh perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Pengimportan cip AI terkini AMD dan NVIDIA oleh syarikat China juga telah dihalang bagi memperlahankan usaha negara tersebut membina model AI yang dilihat boleh memberikan persaingan kepada Amerika. Syarikat China seperti TikTok pula didakwa melakukan intipan bagi pihak CCP sehingga akan dipaksa dijual atau diharamkan operasi sepenuhnya.

Perang dingin dekad 1980an kini digantikan dengan perang teknologi. Jika ada satu perkara positif pertelagahan antara dua kuasa besar dunia ini ialah Malaysia menjadi destinasi pilihan syarikat antarabangsa kerana negara kita kini mendapat pelaburan yang besar dalam sektor penghasilan cip dari kedua-dua negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved