Apabila memasuki lapangan terbang, beg akan diimbas menggunakan mesin sinar-X untuk melihat ia tidak mengandungi senjata berbahaya atau bahan terlarang. Jika ada bom, ia boleh diletupkan sehingga membunuh penumpang serta pasukan yang melakukan pemeriksaan.

Kemampuan melihat apa yang terselindung dari jarak jauh adalah fiksyen dalam filem seperti Eraser dan adalah antara kuasa yang dimiliki Superman. Tetapi Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (DARPA) Amerika Syarikat kini memulakan projek sistem sinar-X yang boleh melihat dari jarak sejauh 1 kilometer.
Kontrak pembangunan program X-ray Extreme-Range Non-Imaging Analysis (XENA) telah diberikan kepada RTX BBN Technologies untuk merealisasikannya. XENA akan mengumpul isyarat imbaan sinar-X dari jarah jauh sebelum menggunakan model matematik dan perisian analisa imej canggih bagi menghasilkan imej imbasan jarak jauh yang jelas.
DARPA ingin menggunakan XENA di medan perang supaya anggota tentera Amerika boleh mengesan ancaman seperti lori mengandungi letupan atau askar musuh yang menyorok lebih awal.
