Amerika Mengharamkan Penggunaan Ulasan Palsu Secara Atas-Talian Untuk Produk Dan Perkhidmatan

TechnologyDigital
15 Aug 2024 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Federal Trade Commission di Amerika Syarikat kini mengumumkan peraturan baharu, sekaligus mengharamkan penggunaan ulasan palsu secara atas-talian untuk pemasaran. Ulasan palsu ini dikatakan membazir masa dan wang para pengguna, disamping turut membuat perniagaan bagi pesaing yang jujur kehilangan.

Disamping pengharaman ulasan palsu, ia turut diharamkan untuk syarikat membayar seseorang untuk hadir dengan ulasan positif atau negatif untuk sesuatu produk. Disamping itu, para pemasar digital juga diharamkan penggunaan bot dan sebagainya untuk meningkatkan pengaruh atas-talian, termasuk untuk meningkatkan angka pengikut dan sebagainya.

Melanggar setiap peraturan ini akan membawa kepada denda untuk setiap kesalahan. Langkah ini diambil dalam memastikan persekitaran persaingan atas-talian adalah sihat, dan tidak menyalahguna pelbagai teknologi dan perkara lain dalam meningkatkan pengaruh secara palsu dan menipu.