Amerika Sedang Menilai Membenarkan Qualcomm dan Intel Terus Menjual Cip Kepada Huawei

TechnologyDigital
1 Mar 2023 • 7:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
China Amerika

Sebelum ini wujud ura-ura Amerika Syarikat tidak lagi mengeluarkan lesen membenarkan syarikat negara tersebut daripada menjual cip kepada Huawei. Ura-ura kini semakin bertiup deras selepas wakil Jabatan Perdagangan mengesahkan mereka sedang melakukan penilaian untuk terus membenarkan jualan cip kepada Huawei.

image is not available

Di bawah pentadbiran Trump, sekatan teknologi dikenakan ke atas Huawei. Tetapi akses kepada cip bukan 4G dan tidak terlibat dengan teknologi awanan dibenarkan. Ini membolehkan Qualcomm dan Intel terus membekalkan cip yang diperlukan untuk pelbagai peranti keluaran mereka. Sekiranya kebenaran ditarik, Huawei akan berada di kedudukan yang serius kerana mereka tidak mempunyai akses kepada cip yang diperlukan untuk meneruskan perniagaan.

Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti Amerika Syarikat kerana kelengkapan 5G mereka didakwa membenarkan intipan dilakukan bagi pihak kerajaan China. Kelengkapan 5G mereka kemudiannya diharamkan daripada digunakan di A.S. Huawei beberapa kali menafikan dakwaan ini dan telah mengambil tindakan guaman. Selepas A.S, sekutu mereka seperti Kanada, UK dan Australia turut mengambil langkah yang sama mengharamkan kelengkapan 5G Huawei di negara mereka.