Amerika serang pulau Iran

WorldPolitics
3 Nov 2026 • 12:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amerika serang pulau Iran

WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS) menyerang Pulau Qeshm milik Iran semalam, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ) ketika Presiden Donald Trump memberi isyarat mencapai kemajuan dalam rundingan dengan Tehran bagi mengakhiri perang yang berlanjutan selama lapan bulan.

Memetik sumber pegawai AS, WSJ  menggambarkan serangan ke atas Qeshm iaitu  pulau terbesar di Selat Hormuz, sebagai siri serangan terhad terkini yang dilancarkan secara rahsia oleh Washington ke atas Iran sejak beberapa minggu lalu.

Agensi berita rasmi IRNA melaporkan lima letupan berturut-turut kedengaran di Qeshm, dengan beberapa penduduk melaporkan melihat dua pesawat terbang di ruang udaranya.

Pentagon merujuk soalan mengenai serangan yang dilaporkan itu kepada Markas Pentadbiran Pusat AS (CENTCOM), yang tidak memberi jawapan terhadap permintaan ulasan daripada AFP lewat semalam.

WSJ melaporkan bahawa beberapa pegawai menggambarkan siri serangan itu  bersifat mempertahankan diri bagi menghalang Iran daripada bebas menyerang kapal-kapal dagang  di Selat Hormuz.

WSJ  menyebut,  AS tidak mengumumkan serangannya  secara terbuka agar tidak memberi isyarat mengenai sebarang niat untuk menyambung semula operasi ketenteraan utama ke atas Iran. – AFP 

 

The post Amerika serang pulau Iran appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved