Amerika Syarikat Akan Mengenakan Pula Tarif 100% Ke Atas Filem Import

TechnologyDigital
5 May 2025 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tarif Trump kini akan dikenakan pula ke atas filem-filem luar negara yang akan diimport masuk ke Amerika Syarikat. Dalam hantaran menerusi akaun Truth Social beliau pagi ini, Presiden Donald Trump berkata tarif 100% akan dikenakan ke atas filem dari luar negara kerana dikatakan mengancam industri filem Amerika Syarikat.

image is not available

Negara lain dituduh memberikan insentif untuk filem dihasilkan di luar Hollywood bagi tujuan propaganda dan ini membuatkan ia menjadi ancam ke atas keselamatan negara. Trump berkata beliau akan memberikan kuasa kepada agensi kerajaan A.S. yang berkaitan seperti Jabatan Perdagangan untuk segera memulakan proses mengenakan tariff 100% ke atas filem luar.

Ini sebuah lagi perang baharu yang dimulakan Amerika Syarikat tanpa sebab yang munasabah. Ia mungkin akan mendatangkan impak yang lebih besar kepada Hollywood yang mengeksport filem sejak bergenerasi lamanya sedangkan filem luar yang dibawa masuk saban tahun adalah jauh lebih kecil.