Aminuddin kekal Menteri Besar Negeri Sembilan

Politics
14 Aug 2023 • 4:20 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua di Istana Besar Seri Menanti, di Kuala Pilah.

Pelantikan beliau yang juga Adun Sikamat, menamatkan spekulasi sebelum ini bahawa Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias bakal dilantik ke jawatan berkenaan.

Beliau yang lengkap berpakaian baju Melayu hitam serta bersamping, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, di Istana Besar Seri Menanti, di sini, kira-kira 4 petang tadi.

Aminuddin dilantik mengetuai kerajaan negeri selepas kerjasama Pakatan Harapan- Barisan Nasional mencapai kemenangan besar dengan memenangi 31 daripada 35 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Beliau mempertahankan kemenangan di DUN Sikamat sejak empat penggal dengan 12,730 undi dan memperoleh majoriti 2,662.

Aminuddin menewaskan calon Perikatan Nasional, Ahmad Raihan Muhammad Hilal, yang memperoleh 10,068 undi, serta dua calon bebas iaitu masing-masing  Mohammed Hafiz Baharudin (339) serta Bujang Abu (83).

Dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Port Dickson, Aminuddin menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan. - 14 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved