Amir Hamzah kekal Presiden PKIBM

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amir Hamzah kekal Presiden PKIBM
Amir Hamzah

DENGKIL - Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa kekal menjadi presiden dan menerajui Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) bagi penggal 2026/2029.

Amir Hamzah, 58, yang merupakan penyandang jawatan Presiden sejak empat penggal lalu menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2025 ke-26 yang berlangsung di kampus University College of Aviation Malaysia (UniCAM), Dengkil di sini.

Perasmian acara tahunan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS), Novie Tajuddin.

Pada sesi pemilihan setiap tiga tahun itu juga, Pengerusi University College of Aviation Malaysia, Prof Dr Kapten TUDM (B) Ab Manan Mansor turut dipilih semula sebagai Timbalan Presiden.

Presiden Universiti Geomatika Malaysia, Prof Datuk Dr Mohaizi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif East West International College, Prof Datuk Dr Abdul Murad Ahmad turut mengekalkan jawatan Naib Presiden 1 dan 2 yang disandang sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Murni International College, Dr Ramlee Mohd Junus Ranaco serta Pengarah Shipping and Aviation College, Mohd Shafie Sarip masing-masing dipilih sebagai Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung PKIBM.

Turut dilantik dalam pemilihan kali ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MSU College, Mohd Adnan Rosley sebagai Bendahari dan Ketua Pegawai Eksekutif College Felcra, Eisa Mohamed sebagai Penolong Bendahari.

Pada majlis yang dihadiri lebih 59 orang perwakilan mewakili 32 IPTS milikan Bumiputera yang menganggotai PKIBM, seramai tiga Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor IPT turut dipilih perwakilan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2026/2029.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Widad, Norhisyam Abd Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Teknologi A.N.S, Mohd Nasir Idris dan Naib Canselor IJN University College, Prof Emerita Dr Durrishah Idrus.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti Kota Bharu, Seri Banun Bahtiar dan Ketua Eksekutif UniCAM, Prof Madya Dr Faiz Aizat Ab Manan pula diumumkan sebagai Auditor Kehormat 1 dan 2.

Dalam pada itu, turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2026/2029 ialah Ketua Pegawai Eksekutif International Islamic College, Shaik Faridhudheen Anverdeen; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Muhammad Ihsan Lim Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Taj International College, Tina Tajuddin.